Friday, March 30, 2007

Nasyid dan gospel

Aiseh.....
tak dapat tengok konsert AF5 sabtu ini,
kena naik kereta tunda la pulak .
dari sabtu tukar ke ahad.

Kabarnya semua nyanyi lagu ketuhanan. lagu nasyid kut
Candy tu nak nyanyi lagu apa agaknya.

gospel?

Thursday, March 29, 2007

Ntah hapa-hapa

Aku : Kesian betul
Dia : Kenapa?
Aku :polis kena tipu sindiket nikah palsu
Dia : Baca kat paper?
Aku :Ha ah
Dia : Apasal polis tu nikah pakai sindiket?
Aku : Ntah ... naib khadi MC kut

Friday, March 23, 2007

Jerman

Seorang sahabat saya baru pulang dari Jerman, waktu makan tengahhari tadi di belanja (claim kompeni -meeting), sambil dia membelek-belek dompet, dia mengacah duitnya melekat takut terkoyak ... konon.

Dia ke Jerman untuk training, kompeni hantar.

Sebenarnya dia nak menayang duit Euro yang dia ada dalam dompetnya, ada Euro 20, dia keluarkan duit Euro dan berkipas dengan Euro yang bernilai 20 itu.

Eksennya

Kadar tukaran semasa Euro vs RM lebih kurang 4 ringgit.

Jadi Euro 20 tu sama lah dengan RM 100.
Jadi kalau kita kencing kat Jerman kena bayar 20 sen euro
Jadi samalah dengan 80 sen duit Malaya.
Jadi berharga jugalah kencing kat sana.

"mahalnya kencing Jerman ni" kata saya

Thursday, March 22, 2007

hidup dan mati

Untuk berjaya dalam hidup, seseorang yang agak berusia pernah berkata kepada saya kalau gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. kerana kegagalan itu sebenarnya pelajaran yang tidak ternilai.

Pelajaran dari kegagalan adalah pelajaran yang sangat mahal, kita perlu bayar untuk gagal, lainlah kalau kita mahu selalu gagal. Kalaulah kita boleh belajar dari kesilapan orang lain bukankah lebih baik dari kita gagal dulu untuk mendapat kejayaan. Kalau kena bayar pun mungkin tak setinggi kegagalan orang.

Masaalahnya ada orang yang pernah gagal tidak mahu memberi tahu sebab-sebab kegagalan mereka, malah ada yang terang-terang meminta supaya cuba dulu, seolah gagal itu boleh di cuba-cuba.

mungkin mereka ini mahu orang lain merasa siksanya mereka sewaktu gagal, mahu sama-sama rasa sakit. adoih, kalau kita berkerja sebagai pilot jangan sekali-kali berani gagal, kerana kegagalan itu sebenarnya macam naik keranda atas awan, jangan berani, belajarlah dari kegagalan orang lain.

Jangan percaya dengan cina yang jual buku berani gagal tu seratus peratus, saya tengok dia sekarang ni nampak macam tak berapa betul tu. apahal pulak tu. kalau kegagalan itu datang anggaplah itu cabaran, tetapi kalau untuk saja kerja gila mencari gagal hanya untuk menimba pengalaman, saya kata ini orang dunggu.

Menghadapi kegagalan juga sebenarnya lebih susah dari menjadi gagal, sebab untuk menutup kegagalan tu kadang-kadang ada yang mengambil jalan singkat .. Ah Long contohnya, lepas tu pergi mengadu di surat khabar. katalah di ugut bunuh ke apa ke, dah memang sebelum meminjam dah tau dah kalau tak bayar mesti kena ragging, tapi dok layan juga Along tu bukankah bahlul namanya tu.

Ps : peratusan kematian khidmat negara tak sampai beberapa peratus?, aik mati punya stastistik, kalau satu mati pun orang susah hati dato...

Wednesday, March 21, 2007

Tuan dan datuk

Aduhai seorang orang yang belum dapat datuk merasa iri kerana inspektor polis yang rangkingnya lebih rendah di panggil tuan sedangkan dia hanya di panggil Encik.

Rendah sangat agaknya darjat dia kalau di panggil encik, mungkin mungkin ada menteri yang tak dapat “datuk” juga di panggil encik. Agaknya adakah menteri ini juga merasa kecil hati bila di panggil encik.

Besar sangat agaknya faedah dari gelar-gelaran “Tuan” ini, maka mereka merasa gah di panggil tuan, Kalau sekadar hendak membesarkan lobang hidung baik tak payah.

Mungkin mereka ini mahu kembali kepada zaman penjajahan dulu, di mana setiap orang putih yang menjejak kaki di bumi Malaya di panggil “tuan” dan “mem”.

Apakah orang yang belum dapat datuk ini tidak tahu, kalau inspektor di panggil tuan itu tu pun dia merasa dengki, macam mana pula dengan prebet polis yang pangkat rendah di panggil Datuk?

Habislah prebet polis kena panggil "dei" jer, takan nak samakan inspektor dengan prebet.

Di suatu ketika di balai polis berhampiran anda.

Prebet polis : “Encik, maklumat salah, penjenayah telah berjaya lepas lari”
Inspektor : “Dei , mengapa tidak siasat betul-betul, perkara ini perlu dilapurkan pada Tuan yang belum dapat datuk ni”

Mmm ironinya…

Sunday, March 18, 2007

golf dan gincu err err sudu

Satu hari nanti, apabila negaraku sudah menjadi terlalu maju, akan ada kedai yang memjual alat pemuas nafsu, mereka nanti akan sentiasa mereka cipta alatan-alatan baru macam teknologi telepon bimbit.

Ada satu alat baru untuk itu, bola golf dan sudu.

Tetapi mereka harus meletakan kenyataan beramaran seperti amaran rokok tu , amaran yang berbunyi bergini :

Jangan gunakan sewaktu isteri anda keletihan dan sedang nyenyak tidur kerana ia akan membawa anda suami isteri ke hospital.

Sudah tua-tua ni baru saya tahu, bola apa kegunaan lain bola golf. Bodoh betul pakai sudu pulak tu.

Friday, March 16, 2007

Kata orang

“seremat tingkal” kata seorang apek di kedai makan Mi Rebus Ramli, dia bukan pekerja di restoran itu, dia ada seorang apek berketurunan cina yang serba selekeh, di belakangnya tersangkut bungkusan yang kelihatan renyuk. Kami mahu makan tengahhari.

Seremat tingkal sebenarnya selamat tinggal yang di sebut dengan pelatnya oleh apek tua itu, tujuan apek tua berucap selamat bukan sebenarnya kerana dia seorang yang sangat sopan santun malah itu hanyalah umpan untuk meminta sedekah.

“cina gila” kata Faisal mencemik muka, tentu dia merasa sangat geli geleman melihat apek tua yang kotor dan daif itu. Ironinya bila dia mengata apek itu, bahunya digoyangkan ketika itu semua orang di kedai mi rebus Ramli pun geli geleman melihat Faisal.

Ini kerana Faisal adalah seorang jejaka yang pentingkan kebersihan, dia seorang yang ketara lembutnya, tetapi dia bukan mak nyah, jangan berani mengata dia maknyah, nanti keluar suara jantannya. Walau kadang kala di tarik muka kalau ada budak-budak panggil dia abang

Tetapi itulah sahaja yang dia berani buat, keluar suara jantan, kalau ajak bertumbuk nanti dia menangis. Jatuh kesian pulak nanti.

Jangan melihat dengan mata kasar kata saya, mana tahu dia gila sedangkan dia masih boleh berbicara dengan waras. Kalaulah kalaunya nanti dia ini seorang tua yang sudah tidak ada pendapatan dan kalau mencari kerja pun tidak siapa yang mahu.

Anak-anak pula tiada, semua sudah buat hal dan meninggalkan orang tua yang berhempas pulas memelihara mereka, waktu itu saya nampak mata Faisal sudah lembab, kalau saya sambung lagi rasanya tentu banjir dengan tsunami pulak nanti. Lalu saya diam.

Sewaktu pulang Faisal dengan wajah kesian menghulurkan wang kertas RM1 kepada apik tua tu. Lepas tu kami terpingga pingga bila apek tua tu mengekori kami ke kereta, sangka kami apek tu mahu ikut faisal pulang, faisal pun sudah semakin pucat ada kesalan di wajahnya.

Rupa-rupanya Apek tua itu mengeluarkan kain di belakangnya dan siap mengelap cermin kereta. Mungkin untuk membalas RM1 tadi.

Wednesday, March 14, 2007

Kita orang

Menjadi kebiasaan kita suka membanggakan diri sendiri, si bapa suka membanggakan anaknya, si Isteri suka membanggakan suaminya, maksud saya suka menceritakan kebaikkan tentang apa yang kita sayang.

kita juga menjadi bangga dengan pencapaian negara kita. Walau ada juga yang tak suka tetapi secara keseluruhannya suka. kerana kesukaan yang berpiawaian tinggi itu kita ini kadang kala terlalu mengbelonkan cerita kita hinggakan ia menjadi sesuatu yang tak masuk akal.

Dan kita semua memang suka membanggakan akal kita, semua berasa diri sendiri itu pandai. maka sebab itu lah kita akan gembira melihat anak dara yang meloncat-loncat dapat masuk AF.

Kita akan turut gembira bila ada wakil rakyat datang kampung, habis pokok-pokok tepi jalan jadi mangsa dalam gotong royong.

Sesungguhnya kita selalu lalai, bila negara lain dah maju baru kita mahu tiru, entah mana silapnya kita tidak mahu buat sendiri, bila ada yang kita buat sendiri dan kita banggakan sangat macam bio diesel tu rupa-rupanya lakun layar sahaja.

Bio-diesel kita guna 5% minyak sawit, kita pun dah gah, orang guna 95% minyak soya kita tak heboh sebab takut malu agaknya....tetapi kita tidak malu bila kereta kebanggaan kita yang kita gunakan untuk mengorat dan sebagainya hanya sekadar di gunakan sebagai teksi di negara lain...macam berita yang di lapurkan di berita harian hari ini.

"Proton Wira dipasang di Indonesia September
Daripada Suffian A Bakar
Kilang di Cikarang laksana pengeluaran untuk dijadikan teksiPT Proton Tracoma Motors, anak syarikat Proton Holdings Bhd, akan mengeluarkan Proton Wira secara pemasangan dalam negara (CKD) di kilang pemasangannya di Cikarang, mulai September depan, khusus untuk dijadikan teksi di Indonesia."

loh kok kereta wira jadi taksi ajer...


ps : ganti nama "Kita" di atas tidak merujuk kepada saya ... kalau saya mahu merujuk kepada diri saya saya akan gunakan "saya" bukan "kita .. harap maklum

aku saja

Aku ni sebenarnya orang yang sedang lari, dari dari menjadi orang yang bukan aku, aku tahu kamu semua tidak faham apa yang aku cakap, biarkan-biarkan.. kamu tak perlu tahu.

Biar aku saja tahu segala yang aku tak mahu kamu tahu, kamu cuma perlu tahu apa yang aku mahu beritahu , itu sahaja total.

Labels