Tuesday, July 10, 2007

bila tiba masanya nanti,
Kita akan menang
Kita akan ketawa,
Sekarang ini
Bersabarlah dengan tangis.

Thursday, June 14, 2007

kebangkitan

Telah ada satu kebangkitan yang sangat ketara sekarang, kenduri kawen yang dulunya hanya dihadiri oleh sedikit dari orang yang kita jemput, sudah tidak lagi bergitu, kebiasaannya orang besar-besar (tak kita sama ada perutnya atau pangkatnya atau keretanya) amat payah nak datang.

Mungkinnya kerana pada suatu waktu dahulu mereka ini sangat sibuk memikirkan masalah atap bocor atau pun banjir lumpur yang zahirnya mereka sangat marah tetapi lahirnya hanya marah-marah sahaja.

Mereka biasanya datang secara berkumpulan dan cara datangnya mengalahkan pengantin, dengan juak-juak di kiri-kanan, tangan mereka melambai-lambai sambil mengucapkan "Hai" kepada semua umat di majlis kenduri itu. Bahkan dengan budak budak yang berlari-larian yang tak berbaju di tegur dengan senyum mesra. aduh sungguh budiman.

Justeru mereka akan datang sebelum pengantin datang, dan balik sesudah habis makan, si juak-juak yang turut serta pun akan sesekali menolong sedaya mereka, menghidang menjemput tetamu malah hingga mencuci pinggan.

Tetapi semua itu akan berakhir sejurus orang besar itu mahu balik.

Wednesday, May 16, 2007

Kalau bulan bisa ngomong

"Kalau bulan bisa ngomong
tentu dia tak akan bohong"

Saya teringat lagu ini , dulu agak hit, sebab lagu ini senang di dengar walau untuk orang yang tidak mengemar lagu dangdut macam saya, tetapi ada juga orang yang tak gemar kerana lagu ini boleh mereka sabitkan dengan parti pembangkang yang berlambangkan bulan.

kalau boleh mereka mahu di tukar tajuk lagu ini jadi macam ni

"Kalau bulan bisa ngomong
Tentu dia selalu bohong"


Mungkin kut hahahaha

Harga tepung naik - sari berita hari ini.

Suratkhabar hari ni tulis harga roti canai akan dinaikkan 15 sen lagi , alasannya tepung naik harga, alasan ni biasa sangat rasanya, sebab dah selalu benda ni di ulang tayang, lain kali rakam jer, bila harga barang naik ulang tayang balik , tak ada benda nak cakap dah , rewind replay pakai cerita yang tu jugak.

Pemberita yang interview pun boleh tahu apa jawapan orang ramai, apa menteri akan cakap semua sama saja, err tukar cara hidup la tak boleh di halang la memacam la..

tetapi ada jugak yang terbaru, hahaha yang best tu, bila menteri jawab katanya kita tak tanam gandum sebab tu kita tak boleh sekat kenaikan harga gandum, logik juga ya< heheheheh

tapi yang peliknya kita ada minyak kenapa kita tak pakai logik tepung gandum ? kita ada minyak sendiri maka kita boleh kawal la yek

Kalau dulu kita makan roti canai , kita tukar cara hidup , sekarang kita makan roti tepung ubi ada orang boleh buat? bila makan roti tu melekit mulut tak boleh bukak... hahaha

mmmm kalau bulan bisa ngomong. haaa pangkah pangkah pangkah hehehehe

opps cerita bulan balik , baru baru ni menteri dah terlepas cakap , mungkin tujuan dia nak melawak bila katanya "tiap-tiap bulan bocor" yang malunya perempuan, sungguh mereka malu kalau di bicarakan tentang bulanan mereka. sangat taboo, sedangkan pada menteri yang perempuan-perempuan ini pilih semasa pilihan raya , perkara bulan ini sangat lucu. saya yakin perempuan kat Malaya akan marah sangat-sangat, mungkin isteri menteri ni pun akan mogok dengan alasan mereka sedang bocor.

Marah macam mana pun keadaan akan kembali seperti pulih sediakala, sebab perempuan ni sangat mudah di pujuk rayu, beli tepung gandum sekilo buat cekodok pun dah reda, tambah lagi kata ni tepung gandum mahal ni naik 15 sen , tambah pulak kena puji cekodok tu rasa macam steak.. huuuyoooo. padahal orang lelaki beli jer yang memasak orang pompuan ... hahahahaha huuuyooo..

Friday, May 11, 2007

Anak angkat

Seorang sahabat saya yang sudah lebih sepuluh tahun kawen masih tidak di kurniakan cahaya mata, kecewa akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.

Saya mengikuti perkembangannya dari cerita-ceritanya sendiri, katanya sudah berbagai cara yang dia buat untuk mencapat cahaya mata, namun semuanya hampa belaka, dari tukang urut kepada bomoh kepada doktor pakar, semuanya hampas belaka.

Dulu dia dapat seorang anak angkat perempuan, sewaktu process pemgambilan anak angkat saya ada bersama, bapa kepada anak yang di serahkan itu nampak macam ikhlas hendak menyerahkan anak itu bersama dengan saguhati yang kalau tidak silap saya sebanyak RM 500.00.

Sahabat saya tadi pun dengan gembira membawa pulang anak ini, di belikan baju dan di bersihkan kerana sewaktu di bawa pulang anak itu amat comot, saya pun gembira melihat sahabat saya itu gembira, lagi pulak anak itu ada iras-iras sahabat saya itu. Budak tu anak orang jawa sahabat saya itu pun jawa jugak. Tetapi tak tahu cakap jawa, yang dia tahu wes mangan jer.

Malangnya seminggu selepas itu mak budak itu datang dengan polis mengatakan anak itu diculik darinya oleh bapanya sendiri yang merupakan kaki judi, kaki dadah dan kaki kelentong, terkejut kawan saya itu, ada juga orang yang sanggup menjual anaknya untuk sekadar RM 500.

Baru-baru ini, dia dapat anak angkat lagi, fresh punya, dari kandungan sudah di booking, orang ini dari keluarga susah, si suami dah tua, kerja rencam sahaja khabarnya semua anaknya kecuali satu sahaja di pelihara mereka manakala yang lainnya diserahkan kepada keluarga angkat, yang terakhirnya di serahkan kepada sahabat saya.

Mereka terlalu sayang dengan anak ini, hinggakan kadang-kala saya terpaksa mengingatkan cerita “anakku Sazali” kepadanya, manalah tahu kalau nanti budak tu besar terlalu manja dia akan jadi macam Sazali pulak.

Kerana terlalu sayang mereka ini kadang-kala sampai tak boleh terima apa-apa yang buruk kepada anak itu, malah apa yang di minta gerenti dapat. Satu hari isteri sahabat saya menangis tersedu menelipon sahabat saya, katanya anak angkat mereka mahu balik kampung. Mungkin kerana mendengar jiran-jiran yang selalu balik kampung.

Mereka sedih kerana mereka tidak ada kampun lain, kampung tempat mereka tinggal adalah kampung kelahiran mereka, mana punya kampung mereka handek pergi. Sedehlah jadinya. Mereka pun mengabaikan permintaan yang itu sebaliknya membnawa anak itu ke Tesco, “nampak gayanya Tesco lah kampung kamu” kata saya seloroh.

Mungkin anak itu ada naluri tersendiri agaknya, kerana dua tiga hari selepas mintak balik kampung, sahabat saya tedi menerima satu panggilan telepon dari keluarga anak asal anak angkatnya. Katanya ayah sebenar anak itu meninggal sebab sakit tua. Meraung isteri sahabat saya, terlalu sedih kerana anak angkatnya kini anak yatim.
“Patutlah asyik mintak balik kampung jer”

Tuesday, April 24, 2007

Pen yang hilang

Satu hari saya hilang pen, dalam tercari-cari saya jumpa pen yang sama waktu dengan pen saya atas meja Yip,

Yip seorang akauntan, lumrah akauntan seorang yang kedekut, mungkin sebab terikut-ikut dengan pegangan akaun.

Saya kata “is that not my Pen?”
“no” jawabnya tegas.
“well, it does look like mine” kata saya lagi
“no!!! everything on my table is mine, or else don’t put it on my table”
“oh …” kata saya,
“then Miss Yeap, don’t sit on Yip table or you’ll become his”
Miss Yeap pembantu Yip, terganggu sungguh dia masa tu ,
“ambil balik la lu punya pen”

ha ha ha saya gelak terus…
Yip sekarang dekat Negara Cina, kerja dengan syarikat Coca-cola.. lama tak jumpa dia, last sekali jumpa dia dia ada cakap … “susah cari makan sekarang”

Friday, April 20, 2007

satu entri untuk kamus dewan

Bahasa yang hebat adalah bahasa yang berkembang, bahasa melayu yang merupakan "lingua franca" semenanjung emas satu ketika dahulu adalah bahasa melayu, dan ia masih lagi menjadi bahasa yang hebat. kerana Bahasa melayu adalah bahasa yang sangat cepat menarik perkataan baru.

Kalau orang yang hidup di zaman kesultanan melayu ada pada zaman ini, mungkin dia akan mengambil masa untuk memahami bahasa yang menjadi pertuturan hariannya kerana bahasa melayu sudah terlalu membiak.

Semalam saya pergi ke Tesco, ramai orang, saya tertarik dengan satu keluarga yang punya anak yang sangat hiper, budak tu berlari-lari kesana kemari, tak tahu takut, saya lihat bapanya sangat risau, mungkin dia risau anak dia itu hilang, siapa tak sayang anak.

Saya yang berdekatan terdengar si bapa memarahi anaknya.
"kamu ni meloncat macam ni nak jadi Yin?" dan ini terus melukis senyum diwajah saya, ini Adalah satu bahasa baru untuk bahasa Melayu. Yin bukan konsep "yin yang" cina fung shui tu, Yin di sini asalnya dari Yin yang hilang.

Yin = Budak hiper yang hilang sewaktu di pasaraya.

.....sinaganaga terima kasih kerana suka dengan certot saya .. Cerita kontot? hahaha

Sunday, April 8, 2007

Bila samseng ke hospital

Pandangan mata Suhaimi semakin kabur, dadanya sesak, dia sedang nazak, dia cuba menarik nafas, tetapi hanya perutnya yang turun naik, nafasnya tersekat di kerongkong, sesekali terlepas dia merasa sakit di belakang kepalanya.

Dia nampak isterinya sedang mengisar tangan dengan tiger balm, dia di urut dengan balm itu di dada dan di belakang, dia nampak wajah isterinya yang risau, dia lihat anak-anaknya yang tertanya-tanya.

“Awak kena pergi hostpital” tegas isteri Suhaimi.

Mendengar itu Suhaimi merasa seakan mahu pitam, seboleh-boleh dia tidak mahu kehospital. Di melihat wajah anaknya satu-satu, ini agaknya harapan terakhir untuk dia melihat anaknya. Tidak dapat hendak melihat mereka jadi dewasa.

“Aku tak mahu” kata Suhaimi
“Awak kena pergi”
“Awak pergi kampung sana pukul orang, pergi kelab sini patah tangan orang, sana awak samseng sini awak samseng, bila sebut hospital habis hilang semua samseng?”

Suhaimi tak dapat berkata apa-apa, bila adiknya datang dengan kancil lalu membunyikan hon, perjalanan kehospital yang hanya 10 minit dirasakan terlalu lama.

Masa itu macam sepuluh hari katanya sambil menghisap Rokok kretek seludup dari Indonesia.

Friday, April 6, 2007

:P

"Pelik sangat la kalau dah 12 kali kena serbu" kata saya,
"Apa peliknya kerja sehari boleh bayar 12 kali punya saman"

aku pun menjulurkan lidah aku .. :P

Anggapan dan Fikir

Satu hari saya dengar orang cakap macam ni ..

"saya anggap dia seorang penipu" ....

Sebenarnya "dia" belum tentu seorang penipu..ini hanya anggap saja, apa yang di anggap belum tentu betul

lagi satu

"Saya fikir dia kuat rasuah ..."

Ini pun hanya di fikiran saja belum tentu orang yang di fikirkan tu buat apa yang fikirkan, mungkin sebaliknya, tetapi kebanyakan orang akan terus tenggelam dan memberi keputusan yang sama dengan apa yang kita anggap dan apa yang kita fikir.

Saya anggap mereka yang fikir begitu pendek akal dua sentimeter saja agaknya, Jangan terima apa yang saya kata sembarangan, semuanya adalah anggapan saya terhadap apa yang di fikiran saya...

Thursday, April 5, 2007

Apa fasal hah?

Rasanya pada penggal ini banyak sekali pilihanraya kecil sebab sekarang banyak wakil rakyat padam .. apa pasal hah?

Friday, March 30, 2007

Nasyid dan gospel

Aiseh.....
tak dapat tengok konsert AF5 sabtu ini,
kena naik kereta tunda la pulak .
dari sabtu tukar ke ahad.

Kabarnya semua nyanyi lagu ketuhanan. lagu nasyid kut
Candy tu nak nyanyi lagu apa agaknya.

gospel?

Thursday, March 29, 2007

Ntah hapa-hapa

Aku : Kesian betul
Dia : Kenapa?
Aku :polis kena tipu sindiket nikah palsu
Dia : Baca kat paper?
Aku :Ha ah
Dia : Apasal polis tu nikah pakai sindiket?
Aku : Ntah ... naib khadi MC kut

Friday, March 23, 2007

Jerman

Seorang sahabat saya baru pulang dari Jerman, waktu makan tengahhari tadi di belanja (claim kompeni -meeting), sambil dia membelek-belek dompet, dia mengacah duitnya melekat takut terkoyak ... konon.

Dia ke Jerman untuk training, kompeni hantar.

Sebenarnya dia nak menayang duit Euro yang dia ada dalam dompetnya, ada Euro 20, dia keluarkan duit Euro dan berkipas dengan Euro yang bernilai 20 itu.

Eksennya

Kadar tukaran semasa Euro vs RM lebih kurang 4 ringgit.

Jadi Euro 20 tu sama lah dengan RM 100.
Jadi kalau kita kencing kat Jerman kena bayar 20 sen euro
Jadi samalah dengan 80 sen duit Malaya.
Jadi berharga jugalah kencing kat sana.

"mahalnya kencing Jerman ni" kata saya

Thursday, March 22, 2007

hidup dan mati

Untuk berjaya dalam hidup, seseorang yang agak berusia pernah berkata kepada saya kalau gagal bukan bermakna kita gagal selamanya. kerana kegagalan itu sebenarnya pelajaran yang tidak ternilai.

Pelajaran dari kegagalan adalah pelajaran yang sangat mahal, kita perlu bayar untuk gagal, lainlah kalau kita mahu selalu gagal. Kalaulah kita boleh belajar dari kesilapan orang lain bukankah lebih baik dari kita gagal dulu untuk mendapat kejayaan. Kalau kena bayar pun mungkin tak setinggi kegagalan orang.

Masaalahnya ada orang yang pernah gagal tidak mahu memberi tahu sebab-sebab kegagalan mereka, malah ada yang terang-terang meminta supaya cuba dulu, seolah gagal itu boleh di cuba-cuba.

mungkin mereka ini mahu orang lain merasa siksanya mereka sewaktu gagal, mahu sama-sama rasa sakit. adoih, kalau kita berkerja sebagai pilot jangan sekali-kali berani gagal, kerana kegagalan itu sebenarnya macam naik keranda atas awan, jangan berani, belajarlah dari kegagalan orang lain.

Jangan percaya dengan cina yang jual buku berani gagal tu seratus peratus, saya tengok dia sekarang ni nampak macam tak berapa betul tu. apahal pulak tu. kalau kegagalan itu datang anggaplah itu cabaran, tetapi kalau untuk saja kerja gila mencari gagal hanya untuk menimba pengalaman, saya kata ini orang dunggu.

Menghadapi kegagalan juga sebenarnya lebih susah dari menjadi gagal, sebab untuk menutup kegagalan tu kadang-kadang ada yang mengambil jalan singkat .. Ah Long contohnya, lepas tu pergi mengadu di surat khabar. katalah di ugut bunuh ke apa ke, dah memang sebelum meminjam dah tau dah kalau tak bayar mesti kena ragging, tapi dok layan juga Along tu bukankah bahlul namanya tu.

Ps : peratusan kematian khidmat negara tak sampai beberapa peratus?, aik mati punya stastistik, kalau satu mati pun orang susah hati dato...

Wednesday, March 21, 2007

Tuan dan datuk

Aduhai seorang orang yang belum dapat datuk merasa iri kerana inspektor polis yang rangkingnya lebih rendah di panggil tuan sedangkan dia hanya di panggil Encik.

Rendah sangat agaknya darjat dia kalau di panggil encik, mungkin mungkin ada menteri yang tak dapat “datuk” juga di panggil encik. Agaknya adakah menteri ini juga merasa kecil hati bila di panggil encik.

Besar sangat agaknya faedah dari gelar-gelaran “Tuan” ini, maka mereka merasa gah di panggil tuan, Kalau sekadar hendak membesarkan lobang hidung baik tak payah.

Mungkin mereka ini mahu kembali kepada zaman penjajahan dulu, di mana setiap orang putih yang menjejak kaki di bumi Malaya di panggil “tuan” dan “mem”.

Apakah orang yang belum dapat datuk ini tidak tahu, kalau inspektor di panggil tuan itu tu pun dia merasa dengki, macam mana pula dengan prebet polis yang pangkat rendah di panggil Datuk?

Habislah prebet polis kena panggil "dei" jer, takan nak samakan inspektor dengan prebet.

Di suatu ketika di balai polis berhampiran anda.

Prebet polis : “Encik, maklumat salah, penjenayah telah berjaya lepas lari”
Inspektor : “Dei , mengapa tidak siasat betul-betul, perkara ini perlu dilapurkan pada Tuan yang belum dapat datuk ni”

Mmm ironinya…

Sunday, March 18, 2007

golf dan gincu err err sudu

Satu hari nanti, apabila negaraku sudah menjadi terlalu maju, akan ada kedai yang memjual alat pemuas nafsu, mereka nanti akan sentiasa mereka cipta alatan-alatan baru macam teknologi telepon bimbit.

Ada satu alat baru untuk itu, bola golf dan sudu.

Tetapi mereka harus meletakan kenyataan beramaran seperti amaran rokok tu , amaran yang berbunyi bergini :

Jangan gunakan sewaktu isteri anda keletihan dan sedang nyenyak tidur kerana ia akan membawa anda suami isteri ke hospital.

Sudah tua-tua ni baru saya tahu, bola apa kegunaan lain bola golf. Bodoh betul pakai sudu pulak tu.

Friday, March 16, 2007

Kata orang

“seremat tingkal” kata seorang apek di kedai makan Mi Rebus Ramli, dia bukan pekerja di restoran itu, dia ada seorang apek berketurunan cina yang serba selekeh, di belakangnya tersangkut bungkusan yang kelihatan renyuk. Kami mahu makan tengahhari.

Seremat tingkal sebenarnya selamat tinggal yang di sebut dengan pelatnya oleh apek tua itu, tujuan apek tua berucap selamat bukan sebenarnya kerana dia seorang yang sangat sopan santun malah itu hanyalah umpan untuk meminta sedekah.

“cina gila” kata Faisal mencemik muka, tentu dia merasa sangat geli geleman melihat apek tua yang kotor dan daif itu. Ironinya bila dia mengata apek itu, bahunya digoyangkan ketika itu semua orang di kedai mi rebus Ramli pun geli geleman melihat Faisal.

Ini kerana Faisal adalah seorang jejaka yang pentingkan kebersihan, dia seorang yang ketara lembutnya, tetapi dia bukan mak nyah, jangan berani mengata dia maknyah, nanti keluar suara jantannya. Walau kadang kala di tarik muka kalau ada budak-budak panggil dia abang

Tetapi itulah sahaja yang dia berani buat, keluar suara jantan, kalau ajak bertumbuk nanti dia menangis. Jatuh kesian pulak nanti.

Jangan melihat dengan mata kasar kata saya, mana tahu dia gila sedangkan dia masih boleh berbicara dengan waras. Kalaulah kalaunya nanti dia ini seorang tua yang sudah tidak ada pendapatan dan kalau mencari kerja pun tidak siapa yang mahu.

Anak-anak pula tiada, semua sudah buat hal dan meninggalkan orang tua yang berhempas pulas memelihara mereka, waktu itu saya nampak mata Faisal sudah lembab, kalau saya sambung lagi rasanya tentu banjir dengan tsunami pulak nanti. Lalu saya diam.

Sewaktu pulang Faisal dengan wajah kesian menghulurkan wang kertas RM1 kepada apik tua tu. Lepas tu kami terpingga pingga bila apek tua tu mengekori kami ke kereta, sangka kami apek tu mahu ikut faisal pulang, faisal pun sudah semakin pucat ada kesalan di wajahnya.

Rupa-rupanya Apek tua itu mengeluarkan kain di belakangnya dan siap mengelap cermin kereta. Mungkin untuk membalas RM1 tadi.

Wednesday, March 14, 2007

Kita orang

Menjadi kebiasaan kita suka membanggakan diri sendiri, si bapa suka membanggakan anaknya, si Isteri suka membanggakan suaminya, maksud saya suka menceritakan kebaikkan tentang apa yang kita sayang.

kita juga menjadi bangga dengan pencapaian negara kita. Walau ada juga yang tak suka tetapi secara keseluruhannya suka. kerana kesukaan yang berpiawaian tinggi itu kita ini kadang kala terlalu mengbelonkan cerita kita hinggakan ia menjadi sesuatu yang tak masuk akal.

Dan kita semua memang suka membanggakan akal kita, semua berasa diri sendiri itu pandai. maka sebab itu lah kita akan gembira melihat anak dara yang meloncat-loncat dapat masuk AF.

Kita akan turut gembira bila ada wakil rakyat datang kampung, habis pokok-pokok tepi jalan jadi mangsa dalam gotong royong.

Sesungguhnya kita selalu lalai, bila negara lain dah maju baru kita mahu tiru, entah mana silapnya kita tidak mahu buat sendiri, bila ada yang kita buat sendiri dan kita banggakan sangat macam bio diesel tu rupa-rupanya lakun layar sahaja.

Bio-diesel kita guna 5% minyak sawit, kita pun dah gah, orang guna 95% minyak soya kita tak heboh sebab takut malu agaknya....tetapi kita tidak malu bila kereta kebanggaan kita yang kita gunakan untuk mengorat dan sebagainya hanya sekadar di gunakan sebagai teksi di negara lain...macam berita yang di lapurkan di berita harian hari ini.

"Proton Wira dipasang di Indonesia September
Daripada Suffian A Bakar
Kilang di Cikarang laksana pengeluaran untuk dijadikan teksiPT Proton Tracoma Motors, anak syarikat Proton Holdings Bhd, akan mengeluarkan Proton Wira secara pemasangan dalam negara (CKD) di kilang pemasangannya di Cikarang, mulai September depan, khusus untuk dijadikan teksi di Indonesia."

loh kok kereta wira jadi taksi ajer...


ps : ganti nama "Kita" di atas tidak merujuk kepada saya ... kalau saya mahu merujuk kepada diri saya saya akan gunakan "saya" bukan "kita .. harap maklum

aku saja

Aku ni sebenarnya orang yang sedang lari, dari dari menjadi orang yang bukan aku, aku tahu kamu semua tidak faham apa yang aku cakap, biarkan-biarkan.. kamu tak perlu tahu.

Biar aku saja tahu segala yang aku tak mahu kamu tahu, kamu cuma perlu tahu apa yang aku mahu beritahu , itu sahaja total.

Labels