Tuesday, April 24, 2007

Pen yang hilang

Satu hari saya hilang pen, dalam tercari-cari saya jumpa pen yang sama waktu dengan pen saya atas meja Yip,

Yip seorang akauntan, lumrah akauntan seorang yang kedekut, mungkin sebab terikut-ikut dengan pegangan akaun.

Saya kata “is that not my Pen?”
“no” jawabnya tegas.
“well, it does look like mine” kata saya lagi
“no!!! everything on my table is mine, or else don’t put it on my table”
“oh …” kata saya,
“then Miss Yeap, don’t sit on Yip table or you’ll become his”
Miss Yeap pembantu Yip, terganggu sungguh dia masa tu ,
“ambil balik la lu punya pen”

ha ha ha saya gelak terus…
Yip sekarang dekat Negara Cina, kerja dengan syarikat Coca-cola.. lama tak jumpa dia, last sekali jumpa dia dia ada cakap … “susah cari makan sekarang”

Friday, April 20, 2007

satu entri untuk kamus dewan

Bahasa yang hebat adalah bahasa yang berkembang, bahasa melayu yang merupakan "lingua franca" semenanjung emas satu ketika dahulu adalah bahasa melayu, dan ia masih lagi menjadi bahasa yang hebat. kerana Bahasa melayu adalah bahasa yang sangat cepat menarik perkataan baru.

Kalau orang yang hidup di zaman kesultanan melayu ada pada zaman ini, mungkin dia akan mengambil masa untuk memahami bahasa yang menjadi pertuturan hariannya kerana bahasa melayu sudah terlalu membiak.

Semalam saya pergi ke Tesco, ramai orang, saya tertarik dengan satu keluarga yang punya anak yang sangat hiper, budak tu berlari-lari kesana kemari, tak tahu takut, saya lihat bapanya sangat risau, mungkin dia risau anak dia itu hilang, siapa tak sayang anak.

Saya yang berdekatan terdengar si bapa memarahi anaknya.
"kamu ni meloncat macam ni nak jadi Yin?" dan ini terus melukis senyum diwajah saya, ini Adalah satu bahasa baru untuk bahasa Melayu. Yin bukan konsep "yin yang" cina fung shui tu, Yin di sini asalnya dari Yin yang hilang.

Yin = Budak hiper yang hilang sewaktu di pasaraya.

.....sinaganaga terima kasih kerana suka dengan certot saya .. Cerita kontot? hahaha

Sunday, April 8, 2007

Bila samseng ke hospital

Pandangan mata Suhaimi semakin kabur, dadanya sesak, dia sedang nazak, dia cuba menarik nafas, tetapi hanya perutnya yang turun naik, nafasnya tersekat di kerongkong, sesekali terlepas dia merasa sakit di belakang kepalanya.

Dia nampak isterinya sedang mengisar tangan dengan tiger balm, dia di urut dengan balm itu di dada dan di belakang, dia nampak wajah isterinya yang risau, dia lihat anak-anaknya yang tertanya-tanya.

“Awak kena pergi hostpital” tegas isteri Suhaimi.

Mendengar itu Suhaimi merasa seakan mahu pitam, seboleh-boleh dia tidak mahu kehospital. Di melihat wajah anaknya satu-satu, ini agaknya harapan terakhir untuk dia melihat anaknya. Tidak dapat hendak melihat mereka jadi dewasa.

“Aku tak mahu” kata Suhaimi
“Awak kena pergi”
“Awak pergi kampung sana pukul orang, pergi kelab sini patah tangan orang, sana awak samseng sini awak samseng, bila sebut hospital habis hilang semua samseng?”

Suhaimi tak dapat berkata apa-apa, bila adiknya datang dengan kancil lalu membunyikan hon, perjalanan kehospital yang hanya 10 minit dirasakan terlalu lama.

Masa itu macam sepuluh hari katanya sambil menghisap Rokok kretek seludup dari Indonesia.

Friday, April 6, 2007

:P

"Pelik sangat la kalau dah 12 kali kena serbu" kata saya,
"Apa peliknya kerja sehari boleh bayar 12 kali punya saman"

aku pun menjulurkan lidah aku .. :P

Anggapan dan Fikir

Satu hari saya dengar orang cakap macam ni ..

"saya anggap dia seorang penipu" ....

Sebenarnya "dia" belum tentu seorang penipu..ini hanya anggap saja, apa yang di anggap belum tentu betul

lagi satu

"Saya fikir dia kuat rasuah ..."

Ini pun hanya di fikiran saja belum tentu orang yang di fikirkan tu buat apa yang fikirkan, mungkin sebaliknya, tetapi kebanyakan orang akan terus tenggelam dan memberi keputusan yang sama dengan apa yang kita anggap dan apa yang kita fikir.

Saya anggap mereka yang fikir begitu pendek akal dua sentimeter saja agaknya, Jangan terima apa yang saya kata sembarangan, semuanya adalah anggapan saya terhadap apa yang di fikiran saya...

Thursday, April 5, 2007

Apa fasal hah?

Rasanya pada penggal ini banyak sekali pilihanraya kecil sebab sekarang banyak wakil rakyat padam .. apa pasal hah?

Labels