Friday, May 11, 2007

Anak angkat

Seorang sahabat saya yang sudah lebih sepuluh tahun kawen masih tidak di kurniakan cahaya mata, kecewa akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.

Saya mengikuti perkembangannya dari cerita-ceritanya sendiri, katanya sudah berbagai cara yang dia buat untuk mencapat cahaya mata, namun semuanya hampa belaka, dari tukang urut kepada bomoh kepada doktor pakar, semuanya hampas belaka.

Dulu dia dapat seorang anak angkat perempuan, sewaktu process pemgambilan anak angkat saya ada bersama, bapa kepada anak yang di serahkan itu nampak macam ikhlas hendak menyerahkan anak itu bersama dengan saguhati yang kalau tidak silap saya sebanyak RM 500.00.

Sahabat saya tadi pun dengan gembira membawa pulang anak ini, di belikan baju dan di bersihkan kerana sewaktu di bawa pulang anak itu amat comot, saya pun gembira melihat sahabat saya itu gembira, lagi pulak anak itu ada iras-iras sahabat saya itu. Budak tu anak orang jawa sahabat saya itu pun jawa jugak. Tetapi tak tahu cakap jawa, yang dia tahu wes mangan jer.

Malangnya seminggu selepas itu mak budak itu datang dengan polis mengatakan anak itu diculik darinya oleh bapanya sendiri yang merupakan kaki judi, kaki dadah dan kaki kelentong, terkejut kawan saya itu, ada juga orang yang sanggup menjual anaknya untuk sekadar RM 500.

Baru-baru ini, dia dapat anak angkat lagi, fresh punya, dari kandungan sudah di booking, orang ini dari keluarga susah, si suami dah tua, kerja rencam sahaja khabarnya semua anaknya kecuali satu sahaja di pelihara mereka manakala yang lainnya diserahkan kepada keluarga angkat, yang terakhirnya di serahkan kepada sahabat saya.

Mereka terlalu sayang dengan anak ini, hinggakan kadang-kala saya terpaksa mengingatkan cerita “anakku Sazali” kepadanya, manalah tahu kalau nanti budak tu besar terlalu manja dia akan jadi macam Sazali pulak.

Kerana terlalu sayang mereka ini kadang-kala sampai tak boleh terima apa-apa yang buruk kepada anak itu, malah apa yang di minta gerenti dapat. Satu hari isteri sahabat saya menangis tersedu menelipon sahabat saya, katanya anak angkat mereka mahu balik kampung. Mungkin kerana mendengar jiran-jiran yang selalu balik kampung.

Mereka sedih kerana mereka tidak ada kampun lain, kampung tempat mereka tinggal adalah kampung kelahiran mereka, mana punya kampung mereka handek pergi. Sedehlah jadinya. Mereka pun mengabaikan permintaan yang itu sebaliknya membnawa anak itu ke Tesco, “nampak gayanya Tesco lah kampung kamu” kata saya seloroh.

Mungkin anak itu ada naluri tersendiri agaknya, kerana dua tiga hari selepas mintak balik kampung, sahabat saya tedi menerima satu panggilan telepon dari keluarga anak asal anak angkatnya. Katanya ayah sebenar anak itu meninggal sebab sakit tua. Meraung isteri sahabat saya, terlalu sedih kerana anak angkatnya kini anak yatim.
“Patutlah asyik mintak balik kampung jer”

1 comment:

ina naim said...

hai abang. eh silap! hai pakcik. hehehe. ;)

Labels