Sunday, April 8, 2007

Bila samseng ke hospital

Pandangan mata Suhaimi semakin kabur, dadanya sesak, dia sedang nazak, dia cuba menarik nafas, tetapi hanya perutnya yang turun naik, nafasnya tersekat di kerongkong, sesekali terlepas dia merasa sakit di belakang kepalanya.

Dia nampak isterinya sedang mengisar tangan dengan tiger balm, dia di urut dengan balm itu di dada dan di belakang, dia nampak wajah isterinya yang risau, dia lihat anak-anaknya yang tertanya-tanya.

“Awak kena pergi hostpital” tegas isteri Suhaimi.

Mendengar itu Suhaimi merasa seakan mahu pitam, seboleh-boleh dia tidak mahu kehospital. Di melihat wajah anaknya satu-satu, ini agaknya harapan terakhir untuk dia melihat anaknya. Tidak dapat hendak melihat mereka jadi dewasa.

“Aku tak mahu” kata Suhaimi
“Awak kena pergi”
“Awak pergi kampung sana pukul orang, pergi kelab sini patah tangan orang, sana awak samseng sini awak samseng, bila sebut hospital habis hilang semua samseng?”

Suhaimi tak dapat berkata apa-apa, bila adiknya datang dengan kancil lalu membunyikan hon, perjalanan kehospital yang hanya 10 minit dirasakan terlalu lama.

Masa itu macam sepuluh hari katanya sambil menghisap Rokok kretek seludup dari Indonesia.

1 comment:

sinaganaga said...

Muerekekekekkee....
Aku suka certot kau ni.

Labels